THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, June 7, 2009

Pengumpulan Data

Pengenalan
Terdapat pelbagai teknik pengumpulan data.Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, tetapi ia tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian kecuali jika dilakukan dengan sempurna.Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih.

3 sebab perlu capai kualiti tinggi:
1) tanggungjawab kepada pelajar
2) keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
3) keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria kualiti
- serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain.
- 2 rukun sains dalam senarai penyelidikan dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
- kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan
Merujuk kepada kebenaran data dengan mengetahui sama ada sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

Kebolehpercayaan
Berkaitan dengan ketepatan data.Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya:
- Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
- Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 tahap penyelidikan tindakan
1) Mengenal pasti masalah
2) Perancangan tindakan
3) Mengumpul data
4) Analisis data
5) Perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul data
-Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian.
-Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif.

Alat pengumpulan data
- pemerhatian (video tape)
- nota guru dan komen
- kerja pelajar
- refleksi pelajar dan kerja pelajar
- jurnal pelajar
- ujian
- tinjauan soal selidik
- temuduga (audio tape)

0 comments: