THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 25, 2009

Tugasan 2

Ulasan dan analisis artikel jurnal kajian tindakan

Artikel
1) Action research in language teacher education
2) Using action research to open the door to life-long professional learning
3)The action research endeavors of six classroom teacher and their perception of action research

Thursday, May 14, 2009

Kajian Kepustakaan

Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan.

-Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.

Membanding dan Membezakan
* Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

* Kemahiran ini digunakan apabila:
a) terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) membuat pilihan atau keputusan.

* Langkah penggunaan:
a) perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penghasilan data).
b) kenal pasti ciri kajian tindakan itu.
c) tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama.

Menganalisis
* Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

* Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.

* Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Menilai
* Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

* Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) memilih sesuatu
b) menerima atau menolak sesuatu idea

Membuat kesimpulan
* Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

* Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

Mensintesis
* Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Thursday, May 7, 2009

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan
Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana wujudnya ketidakpastian.Walaubagaimanapun ia hendaklah dielakkan kerana akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis-jenis Perubahan
Mengikut Dessler (1995) terdapat 4 jenis perubahan:
1-Perubahan ke arah peningkatan.
2-Perubahan strategik organisasi.
3-Perubahan reaktif
4-Perubahan akibat daripada jangkaan.

Perubahan adalah kompleks
Perubahan dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi.
Evolusi:
-Perubahan yang dihasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
-Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

Revolusi:
-Perubahan yang pantas.
-Perubahan yang akan maninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan itu Multidimensi
Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.

Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:
1-Tujuan perubahan
2-Unit perubahan
3-Sifat perubahan
4-Magnitud perubahan
5-Skop perubahan
6-Jangkamasa perubahan

Model-model Perubahan
1-Model Penggabungan Roger
2-Model Kanter
3-Model Rand
4-Model Acot


Aktiviti Kerja Kumpulan
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

Sebab:
1. Tidak menepati kehendak
2. Ketidakpuasan
3. Konflik
4. Perbezaan ideologi
5. Pengaruh persekitaran
6. Tidak memenuhi tuntutan
7. Kekangan
8. Perubahan

Cara penyelesaian:
1. Kenalpasti setiap tuntutan / kehendak setiap ahli / organisasi.
2. Berbincang dan mencari kata sepakat dalam membuat sesuatu perubahan.
3. Melakukan kajian dan perancangan yang teliti sebelum membuat sesuatu perubahan.
4. Mewujudkan persefahaman dari segi komunikasi dan interaksi yang jelas.
5. Membuat perubahan secara beransur2 bermula dari peringkat bawah.
6. Menyediakan garis panduan yang jelas.
7. Melihat semua perubahan yang dibuat dari sudut positif.

Disediakan bersama: Nurulhuda Rahim dan Siti Khairiyah Sejo

Sunday, May 3, 2009

Reka bentuk kajian tindakan

Reka bentuk kajian tindakan terbahagi kepada 2 bahagian:
1- Projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi.
Ia mempunyai 4 langkah iaitu rancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

2- Projek akademik dan penulisan artikel ilmiah.
Ia melibatkan kajian kepustakaan, pengumpulan data, analisis data dan sumbangan kepada bidang pengetahuan.

langkah ini dirangkum menjadi 1 kitaran (cycle) yang akan diulang sehingga mencapai matlamat.




Aktiviti 1 (Refleksi BIG)

Masalah yang dikenalpasti:
Pengurusan masa yang tidak sistematik

Penambahbaikan:
Bijak menguruskan masa

Matlamat umum:
supaya lebih proaktif

Ojektif:
-supaya lebih berdisiplin
-untuk meningkatkan keupayaan diri

Pelan Tindakan:
-membuat jadual waktu
-melakukan perancangan lebih awal
-meminta rakan-rakan memantau
-menilai sendiri atau muhasabah diri


Aktiviti 2 (Refleksi Kaedah Mengajar)

Mata pelajaran : Pendidikan Islam (Sirah)
Tajuk : Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyyah

Permasalahan:
Selepas guru mengajar topik Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyyah dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu kaedah kuliah dan syarahan, guru mendapati bahawa kebanyakan pelajarnya tidak dapat memberikan tumpuan kepada pengajaran guru disebabkan waktu pembelajaran yang berlangsung pada waktu tengahari. Ramai pelajar tidak dapat menjawab pertanyaan guru dan sebahagiannya sering mengantuk dan tidur di dalam kelas.

Matlamat:
• Pelajar berjaya dan berminat menghayati sirah dan sejarah Islam.

Objektif:
• Pelajar dapat menghayati sirah dengan mudah dan menyeronokkan
• Mengurangkan salah laku dalam bilik darjah

Pelan tindakan:
a. Langkah yang diambil
Guru mengubahsuai kaedah mengajar berdasarkan pendekatan konstruktivisma dengan mengadakan aktiviti simulasi di mana pelajar dikehendaki membuat projek lakonan bertemakan tajuk-tajuk yang diberikan oleh guru. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih dan membuat persembahan dalam keadaan masa yang terhad.


b. Pengumpulan data:

Data akan dikumpulkan melalui respon dan soaljawab bersama pelajar tentang cara yang paling efektif untuk memudahkan pelajar berminat dan memahami sirah dengan mudah.

c. Pemantauan:
Guru membuat penilaian formatif di mana guru akan mengajukan pertanyaan dan soalan selepas sesebuah lakonan itu dipersembahkan. Guru mendapatkan jawapan pelajar dan membuat penilaian.

d. Penilaian:
Berdasarkan jawapan dan respon yang diberikan oleh pelajar, guru akan menentukan samada ingin meneruskan kaedah mengajar tersebut ketika mengajar bahagian sirah kepada pelajar atau tidak. Jika hasil yang diterima adalah positif, maka kaedah tersebut akan diteruskan pada masa akan datang dan apabila hasil jawapan menunjukkan perkara yang sebaliknya, maka guru akan menukar dan memilih kaedah mengajar yang lain serta melakukan proses yang sama secara berterusan sehinggalah guru memperoleh kaedah mengajar yang tepat untuk mengajar bahagian sirah dalam Pendidikan Islam dan akhirnya pelajar akan memperoleh manfaat daripada hasil usaha kajian tindakan yang dilakukan oleh guru.

Disediakan bersama: Siti Khairiyah Sejo, Nurulhuda Rahim.



Tugasan 1: Ulasan buku

Tajuk buku: Action Research In Education
Pengarang: Ernie Stringer
Tahun terbitan: 2004
Penerbit: Pearson Education
Negeri: New Jersey



Konsep Kajian Tindakan

Di dalam buku ini menerangkan bahawa kajian tindakan merupakan satu proses penyelidikan yang sistematik. Tujuannya adalah untuk memberikan ahli pendidikan(guru) membaiki pendidikan berulang-ulang atau menyelesaikan masalah penting dalam bilik darjah dan sekolah.


Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan

Guru perlu membuat kajian tindakan untuk memperbaiki pengajaran mereka supaya lebih efisien. Selain itu juga, adalah untuk meningkatkan profesional keguruan.


Reka bentuk kajian

Proses yang dilakukan adalah:
1) merancang
2) mengumpul data
3) menganalisis data
4) hasil kajian
5) tindakan

Model:

Sampel:
- Sampel kajian ini berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada pengajaran yang dilakukan di sekolah.

Seting kajian:
- Selalunya guru akan membuat kajian dalam bilik darjah atau kelas.


Prosedur kajian tindakan

1) merancang kajian yang hendak dijalankan
2) mengumpul data dari pelbagai sumber seperti temu bual, pemerhatian, artifak, kajian kepustakaan.
3) menganalisis data yang diperolehi (kenal pasti ciri utama)
4) komunikasi (menulis laporan melalui pembentangan drama,puisi,lagu,video dan multimedia)
5) tindakan (membuat penyelesaian/menyelesaikan masalah)


Pengumpulan dan penganalisisan data

1- Instrumen kajian
Kajian dijalankan melalui persekitaran dengan merangka skop penyelidikan, mengenal pasti sumber rujukan, menerangkan kaedah menganalisis data dan memastikan kesahan kajian.

2- Teknik pengumpulan data
1) temu bual
2) pemerhatian
3) artifak
4) kajian kepustakaan

3- Teknik penganalisisan data
1) menganalisis daripada pengalaman
2) mengkategorikan dan menkodkan data
3) mempertingkatkan analisis
4) membina sistem kategori


Etika kajian tindakan

1) kerahsiaan: iaitu maklumat rahsia yang diberi dilindungi.
2) keizinan: kajian yang dilakukan di luar perlu mendapat keizinan terlebih dahulu.
3) persetujuan: jenis kajian yang dilakukan diberitahu terlebih dahulu kepada peserta untuk mendapatkan persetujuan.


Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan

Kesahan kajian tindakan disahkan dengan tatacara kepastian, kebolehpercayaan, boleh dipindah milik, kebolehharapan, pengesahan, tahap penyertaan dab kebergunaan.

Kesemua ini boleh diperolehi melalui:
1) pengambilan berlanjutan: tempoh proses kajian.
2) pemerhatian berterusan: bilangan dan tempoh pemerhatian dan temubual.
3) ukuran: semua sumber rujukan termasuk persekitaran pemerhatian, pihak yang ditemu bual dan bahan yang ditemu bual.
4) maklum balas peserta: proses untuk menilai semula kajian.
5) menganalisis kes negatif: proses untuk memastikan kepelbagaian tafsiran.
6) kelayakan rujukan: istilah dalam kajian adalah sama daripada konsep dan bahasa peserta.
7) pemeriksaan ahli: prosedur untuk mengenal pasti ketepatan data dan kesesuaian analisis dan laporan data.
8) boleh dipindah milik: menerangkan dengan terperinci peserta dan konteks kajian.
9) kebolehharapan: penerangan terperinci mengenai proses kajian.
10) kebolehpercayaan: data yang boleh digunakan semula.
11) penyertaan: kebebasan peserta.
12) kesahan: menggunakan hasil kajian.


Penilaian keseluruhan terhadap buku ini

- Buku ini memang sesuai kepada guru atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui dan memulakan kajian penyelidikan. Selain itu, buku ini juga ada menerangkan cara bagaimana untuk menjalankan penyelidikan dengan jelas beserta contoh-contoh kajian.