THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, June 24, 2009

Analisis Data

-Analisis data ialah proses manggunakan data untuk memberi maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan.Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.

-Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.

-Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan dan buat anggaran.

Langkah analisis data kualitatif

Langkah pertama
-Tengok secara lalu maklumbalas
-Ambil nota atas tema yang muncul, isu atau faktor yang kamu dengar
-Cari item yang berulang atau penting

Langkah kedua
-Pilih 3 atau 4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks
-Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
-Tempatkan tema kategori diatas dan senaraikan pelajar ditepinya
-Kamu mungkin guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah ketiga
-Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
-Baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yang telah dekenalpasti
-Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu bina

Langkah keempat
-Tanya (apa yang telah saya dapat)
-Rekodkan pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks
.pola konsep
.pola sikap
-Tulis/rekod pemerhatianbawah matriks (bawah carta matriks)
-Contoh: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
-Takut sentiasa disebut beberapa kali
-Sokongan bacaan jurnal

Langkah kelima
-Apa kesimpulan yang boleh kita buat
-Rekod kesimpulan sama ada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan

Langkah keenam
-Tinjauan (soal selidik lain)/temubual/penilaian
-Semak semua persoalan kajian
-Bina modul/aktiviti
-Rekod apa yang dibuat dalam matriks (jadual)
-Cari maklumat yang masih diperlukan
.atas pelajar
.atas kaedah
.maklumat latar belakang untuk tajuk ini


Kegunaan Data dalam Plan-Do-Study-Act-Cycle

Plan
-Nilai dan kenalpasti semua data yang kita ada
-Analisis dan kenalpasti tema utama
-Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahanbaikan

Do
-Kumpul data
-Buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

Study
Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

Act
-Kenalpasti soalan tambahan
-Rancang untuk penambahbaikan berterusan

*Mengumpul data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan.

*Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki, tetapi tidak perlu risau.

*Dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya.

Ringkasan data analisis
#Panduan untuk analisis data-Reka bentuk pendekatan sistematik, simpanan semua data.
-Cuba faham maklumat yangingin disimpan oleh data.
-Cari tema dan pola.
-Susun data berdasarkan apa yang dipelajari daripada data.
-Masukkan semua data termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari.
-Baca dan baca data lebih daripada sekali.
-Bina imej visual
-Tulis nota ringkas untuk diri sendiri.
-Kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru.
-Let data speaks to you

#Proses analisis data
-Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa.
-Cari tema dan pola.
-Ringkasan tema kepada 3 hingga 5 idea.
-Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat.
-Bina subtema jika perlu.
-Simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadang kala boleh mengejutkan kita.
-Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul.
-Kenalpasti poin utama.
-Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian.

0 comments: