THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 26, 2009

Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya.


Langkah-langkah kajian tindakan

Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Proses ini mestilah dilakukan secara berurutan sehingga mencapai objektif yang dikehendaki.


Konsep

Tujuan kajian tindakan

Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan,antaranya:-

a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan.


Jenis-jenis kajian tindakan

a) Individu
Kajian tindakan oleh guru secara individu di mana guru fokus pada sesuatu isu dalam bilik darjah

b) Kolaboratif
Kajian Tindakan kolaboratif di mana melibatkan lebih daripada 2 orang guru sama ada dari bidang yang sama atau berbeza

c) Sekolah
Kajian tindakan peringkat sekolah di mana fokus kepada 1 isu yang sama di peringkat sekolah

d) Daerah
Kajian tindakan peringkat daerah di mana guru-guru dari sekolah berlainan tetapi dalam satu daerah menfokus pada 1 isu yang sama