THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, May 14, 2009

Kajian Kepustakaan

Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan.

-Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.

Membanding dan Membezakan
* Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

* Kemahiran ini digunakan apabila:
a) terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) membuat pilihan atau keputusan.

* Langkah penggunaan:
a) perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penghasilan data).
b) kenal pasti ciri kajian tindakan itu.
c) tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama.

Menganalisis
* Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

* Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.

* Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Menilai
* Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

* Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) memilih sesuatu
b) menerima atau menolak sesuatu idea

Membuat kesimpulan
* Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

* Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

Mensintesis
* Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

0 comments: